Arabic French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Chinese Simplified English

SERING DIBACA

karena banyaknya pemahaman yang aneh akhir ini maka saya menulis larangan menghina sahabat nabi

Imran b. Hushain radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. قَالَ عِمْرَانُ: فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا.

Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.[1]

Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, jld. 4, ms. 440 & 426, al-Bukhari di dalam Shahihnya, Kitab al-Manaqib, Muslim di dalam Shahihnya, Kitab al-Fadha’il, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Abu Daud di dalam kitab Sunan masing-masing. Di dalam riwayat yang lain disebut: “Sebaik baik umat ini adalah pada kurun dimana aku dibangkitkan.”

Juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, jld.1, ms. 378 & 417, al-Bukhari, Muslim dan al-Tirmizi daripada Ibn Mas‘ud radhiallahu 'anh dengan lafaz: “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang berada di kurunku…” hingga akhirnya. Menurut lafaz Muslim: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam siapakah sebaik-baik manusia?” Rasulullah menjawab: “Kurun yang aku hidup di saat ini.”

Juga diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, jld. 2, ms. 228 dan Muslim daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh dengan lafaz: “Sebaik-baik umat aku ialah dimana aku diutuskan.” Menerusi riwayat Ahmad yang lain, apabila ditanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia?” Baginda menjawab: “Aku serta sesiapa yang bersama sama denganku” dimana sanad hadis ini adalah hasan.

Juga dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya daripada Aisyah radhiallahu 'anha dengan lafaz: “Seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam siapakah umat yang terbaik?” Baginda menjawab: “Generasi yang mana aku berada dengan mereka, kemudian generasi seterusnya kemudian generasi ketiga.” Hadis dalam bab ini juga diriwayatkan daripada Buraidah dan Nu’man bin Bashir radhiallahu 'anhuma sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, jld. 5, ms. 350 & 440.

Hadis ini dengan pelbagai jalan periwayatannya merupakan bukti yang menunjukkan ketinggian kedudukan para sahabat radhiallahu ‘anhum disebabkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berada di sisi mereka dan zaman dimana mereka itu berada merupakan sebaik-baik zaman tanpa adanya pengecualian. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam merupakan sebaik-baik makhluk di atas muka bumi manakala para sahabat baginda pula adalah sebaik-baik manusia di kalangan umat seluruhnya. Allah Subhanahu wa Ta‘ala memuliakan mereka dengan tiada sesiapapun selepas mereka yang dapat mengatasi keutamaan mereka. Ini disebabkan mereka melihat, berkumpul serta berada bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Begitulah kedudukan yang ada pada para sahabat radhiallahu ‘anhum sama ada di kalangan golongan yang terdahulu (al-Sabiq al-Awwalin), golongan Muhajirin, Ansar dan para sahabat lainnya.

Abu Musa radhiallahu ‘anh berkata, kami mengerjakan solat Maghrib bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lalu baginda mengadahkan wajahnya ke langit lalu bersabda:

النُّجُومُ أَمَنَةٌ لِلسَّمَاءِ فَإِذَا ذَهَبَتْ النُّجُومُ أَتَى السَّمَاءَ مَا تُوعَدُ. وَأَنَا أَمَنَةٌ لأَصْحَابِي فَإِذَا ذَهَبْتُ أَتَى أَصْحَابِي مَا يُوعَدُونَ. وَأَصْحَابِي أَمَنَةٌ لأُمَّتِي فَإِذَا ذَهَبَ أَصْحَابِي أَتَى أُمَّتِي مَا يُوعَدُونَ.

Bintang-bintang adalah amanah bagi langit, apabila tenggelamnya bintang-bintang muncullah langit menemui apa yang dijanjikan. Aku pula adalah amanah bagi para sahabatku, maka sekiranya aku pergi (wafat), muncullah para sahabatku menemui apa yang dijanjikan. Para sahabatku adalah amanah bagi umatku, apabila mereka telah pergi nanti, muncul pula umatku menemui apa yang dijanjikan kepada mereka. [7]Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya – hadis no: 2531 (Kitab keutamaan para sahabat). Selain itu dikeluarkan juga oleh Ahmad di dalam Musnadnya, jld. 4, ms. 338 dan Ibn Hibban di dalam Shahihnya – hadis no: 7249.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَلَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ.

Janganlah kamu mencaci para sahabatku! Sekiranya seorang dari kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud sekalipun, tidak akan sama ganjaran yang dilakukan oleh mereka walau secupak mahupun setengah.[8]Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 3470 (Kitab al-Manaqib). Berkenaan kisah yang menyebabkan datangnya hadis ini (Asbab al-Wurud) sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, rujuk Shahih Muslim – hadis no: 2541 (Kitab keutamaan para sahabat, Bab larangan mencela para sahabat).


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

دَعُوا أَصْحَابِي لاَ تَسُبُّوا أَصْحَابِي.

Peliharalah para sahabatku (dan) janganlah mencaci para sahabatku.[9Sahih: Disebut oleh al-Haitsami di dalam Majma al-Zawa‘id – hadis no: 16465 (Kitab al-Manaqib, Bab Berkenaan hak para sahabat…) dan beliau berkata: Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan para perawinya adalah perawi yang sahih. Disebut oleh ‘Ala’ al-Din al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanz al-‘Ummal – hadis no: 32543 (Kitab keutamaan para sahabat) dan beliau berkata: Riwayat Abu Bakar al-Barqani dan al-Ruwaini di dalam al-Mustakhraj daripada Abu Sa‘id al-Khudri dan ianya (adalah hadis) sahih.

‘Abd Allah bin Yasar radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

طُوْبَى لِمَنْ رَآنِي وَطُوْبَى لِمَنْ رَأَى مَنْ رَآنِي، طُوْبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ.

Sungguh beruntung orang yang melihatku dan sungguh beruntung orang yang melihat orang yang melihatku. Sesungguhnya beruntung baginya dan balasan yang baik.Sahih: Disebut oleh al-Haitsami di dalam Majma al-Zawa‘id – hadis no: 16417 (Kitab al-Manaqib, Bab berkenaan mereka yang melihat Nabi …) dan beliau berkata: Diriwayatkan oleh al-Thabarani dan (dalam sanadnya terdapat) Baqiyah bin al-Walid (dimana dia) jelas telah mendengar hadis ini sehingga terlepas daripadanya tuduhan tadlis. Baki para perawinya adalah thiqah. Riwayat yang seumpama juga disebut oleh al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Shagheir – hadis no: 5304 dan ia dinilai hasan oleh beliau. Dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah – hadis no: 1254.

0 komentar: